Pages

Wednesday, September 7, 2011

Jika Ini Takdirmu Ya ALLAH

andai aku tak sempurna.. itu sahaja ungkapan yang mampu diberikan.. aku di uji dengan ujian yang Alhamdulillah Maha Hebat yang mampu menggegarkan seluruh sanubariku. Tika itu hanya tiada kata yang mampu aku ungkapkan selain mengenang segala dosa dan keinsafan yang menyelubungi diri. Mujur ada insan yang sentiasa menyokong dan menerimaku seada-ada nya aku. terima kasih kepada insan itu. tak mampu ku luah dengan segala rasa, mahupun kata.. yang ada cuma rasa syukur dan cinta yang semakin mendalam untuk dirinya dan Maha ESA.. Ya Allah andai ini takdirmu aku redha.. maka kau berilah aku peluang untuk terus mengabdikan diri sebagai hambamu.. Mencari Sirna pulang ke jalan MU... Aku bersyukur ya ALLAH dengan ujian yang kau berikan.. Kerana aku tahu kau masih mengingatiku dan menyayangi ku.. Moga ujian ini dapat aku harungi dengan tabah.. maka aku panjatkan doa agar kau beri aku ketabahan itu.. Buat tunang tersayang.. ada kala emosi ini agak terganggu maafkan segala kekhilafan ku.. Aku berdoa untuk menjadi yang terbaik antara terbaik untuk dirimu. moga ALLAH memperkenankan hajatku. Aku sentiasa berdoa.. untuk terus hidup agar dapat memberi kau sekelumit kasih yang dikurniakan ILLAhHI ....

0 comments:

Post a Comment